Pada awal bulan Januari 2019, AJK SPBT telah melaksanakan aktiviti membaik pulih buku teks yang telah rosak. Aktiviti ini dilakukan bagi mengurangkan permohonan buku teks yang baharu seterusnya dapat membekalkan keperluan buku teks terhadap murid yang layak untuk menerima buku. Aktiviti ini juga dilakukan oleh pengawas SPBT sendiri bagi memastikan kesedaran mereka terhadap menjaga buku teks sekolah.
(adik kita tengah menampal semula nombor perolehan yang telah kabur dan membaikpulih bahagian belakang buku yang hampir koyak)
Proses membaik pulih adalah melibatkan buku teks yang terkoyak pada muka hadapan atau belakang, menggantikan bahagian nama peminjam di bahagian belakang, menyambungkan semula buku teks yang tercabut mukasurat di bahagian dalam dan pelbagai lagi kerosakan yang dihadapi. Buku yang banyak rosak adalah seperti buku teks penggunaan akhir pada tahun tersebut. Ini juga melibatkan buku teks tahun 1 hingga 6.
antara beberapa gambar aktiviti proses membaik pulih buku teks
(menggantikan nombor perolehan)
(guru SPBT sedang menerangkan kaedah yang betul untuk membaikpulih buku teks yang telah koyak)
(proses menggantikan nombor perolehan)
Semoga dengan aktiviti ini dapat membantu murid dalam menghargai buku teks yang dibekalkan oleh sekolah seterusnya dapat mengekalkan kualiti buku teks agar tidak rosak dan mampu digunakan untuk generasi yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan