Selasa, 2 Julai 2019

PEMANTAUAN BERSILANG SPBT OLEH PK HEM KUMPULAN 4

Pada 2 Julai 2019, Pemantauan bersilang SPBT telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan. Pemantauan bersilang merupakan program yang dijalankan oleh PPD bahagian HEM iaitu Puan Yuliana Makkana. Program ini julung kalinya dijalankan melibatkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang digabungkan dan membentuk beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang PK HEM. Disini, mereka ditugaskan untuk memantau setiap sekolah yang terlibat didalam kumpulan tersebut. 


Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan merupakan sekolah terakhir bagi pemantauan bersilang SPBT group HEM untuk kumpulan 4 yang terdiri daripada PK HEM sekolah SJKC SYN HUA, SJKC TAI THONG, SK KARAMUNTING, SK TANJONG BATU, ST MARY TOWN dan SK LABUK SUBUR. 

(pemantauan sedang dijalankan oleh PK HEM kumpulan 4)

Alhamdulillah Program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan baik. SK Karamunting berjaya mendapat 5 Bintang untuk pemantauan SPBT diikuti 3 buah sekolah yang lain manakala 2 sekolah lagi mendapat 4 bintang dalam pemantauan kali ini. Semoga kejayaan ini dapat ditingkatkan lagi buat masa akan datang.

(Kumpulan 4 bersama Guru Besar SK Karamunting, Puan Dayang Siti Lana)

Terima kasih diucapkan kepada pemantau yang sudi hadir kali ini, sebarang teguran dan nasihat akan kami jadikan sebagai pemangkin semangat untuk kami terus berjaya dimasa akan datang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan