Jumaat, 5 Julai 2019

PROSES MEMBAIK PULIH BUKU TEKS


Pada awal bulan Januari 2019, AJK SPBT telah melaksanakan aktiviti membaik pulih buku teks yang telah rosak. Aktiviti ini dilakukan bagi mengurangkan permohonan buku teks yang baharu seterusnya dapat membekalkan keperluan buku teks terhadap murid yang layak untuk menerima buku. Aktiviti ini juga dilakukan oleh pengawas SPBT sendiri bagi memastikan kesedaran mereka terhadap menjaga buku teks sekolah. 



(adik kita tengah menampal semula nombor perolehan yang telah kabur dan membaikpulih bahagian belakang buku yang hampir koyak)

Proses membaik pulih adalah melibatkan buku teks yang terkoyak pada muka hadapan atau belakang, menggantikan bahagian nama peminjam di bahagian belakang, menyambungkan semula buku teks yang tercabut mukasurat di bahagian dalam dan pelbagai lagi kerosakan yang dihadapi. Buku yang banyak rosak adalah seperti buku teks penggunaan akhir pada tahun tersebut. Ini juga melibatkan buku teks tahun 1 hingga 6. 


antara beberapa gambar aktiviti proses membaik pulih buku teks 

(menggantikan nombor perolehan)

(guru SPBT sedang menerangkan kaedah yang betul untuk membaikpulih buku teks yang telah koyak)


 (proses menggantikan nombor perolehan)

Semoga dengan aktiviti ini dapat membantu murid dalam menghargai buku teks yang dibekalkan oleh sekolah seterusnya dapat mengekalkan kualiti buku teks agar tidak rosak dan mampu digunakan untuk generasi yang seterusnya.

Selasa, 2 Julai 2019

PEMANTAUAN BERSILANG SPBT OLEH PK HEM KUMPULAN 4

Pada 2 Julai 2019, Pemantauan bersilang SPBT telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan. Pemantauan bersilang merupakan program yang dijalankan oleh PPD bahagian HEM iaitu Puan Yuliana Makkana. Program ini julung kalinya dijalankan melibatkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang digabungkan dan membentuk beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang PK HEM. Disini, mereka ditugaskan untuk memantau setiap sekolah yang terlibat didalam kumpulan tersebut. 


Sekolah Kebangsaan Karamunting Sandakan merupakan sekolah terakhir bagi pemantauan bersilang SPBT group HEM untuk kumpulan 4 yang terdiri daripada PK HEM sekolah SJKC SYN HUA, SJKC TAI THONG, SK KARAMUNTING, SK TANJONG BATU, ST MARY TOWN dan SK LABUK SUBUR. 

(pemantauan sedang dijalankan oleh PK HEM kumpulan 4)

Alhamdulillah Program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan baik. SK Karamunting berjaya mendapat 5 Bintang untuk pemantauan SPBT diikuti 3 buah sekolah yang lain manakala 2 sekolah lagi mendapat 4 bintang dalam pemantauan kali ini. Semoga kejayaan ini dapat ditingkatkan lagi buat masa akan datang.

(Kumpulan 4 bersama Guru Besar SK Karamunting, Puan Dayang Siti Lana)

Terima kasih diucapkan kepada pemantau yang sudi hadir kali ini, sebarang teguran dan nasihat akan kami jadikan sebagai pemangkin semangat untuk kami terus berjaya dimasa akan datang. 


Isnin, 1 Julai 2019

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SPBT SK KARAMUNTING

Pada 13 Januari 2019, telah dijalankan Kursus Kepimpinan Pengawas untuk semua Pengawas termasuklah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Pencegah Anti Dadah. Program ini dijalankan bagi memupuk kepimpinan pelajar yang telah dipilih seterusnya menerangkan tugas mereka dalam menjadi pengawas iaitu contoh pelajar bagi rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini dijalankan di SK Karamunting dan murid dibahagikan mengikut jawatan yang dilantik. Ini merupakan beberapa gambar sepanjang aktiviti dijalankan.










AKTIVITI SPBT SKKS 2019



SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2019 :



1) AKTIVITI MEMBALUT BUKU TEKS  (KLIK SINI)


2) PEMANTAUAN BERSILANG SPBT 2019  (KLIK SINI)


3) KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SPBT SK KARAMUNTING  (KLIK SINI)

AKTIVITI MEMBALUT BUKU TEKS

AKTIVITI MEMBALUT BUKU TEKS OLEH MURID SK KARAMUNTING



(aktiviti membalut buku teks oleh kelas 4 etika pada 13 Mac 2019: 
sebelah kiri adik Puteri Amina Saidina binti Roslam, sebelah kanan adik Siti Nurul Ain Binti Imran)


Program ini dijalankan bertujuan memupuk kesedaran murid dalam menjaga buku disamping menyayangi buku teks dan mengelakkan daripada rosak sepanjang penggunaannya. Murid turut diajar untuk membalut dengan cara yang betul bagi memastikan kekemasan buku teks sentiasa terjaga,



(fokus betul adik kita dua ni 😇)

MUAT TURUN BAHAN SPBT

MUAT TURUN BAHAN SPBT DISINI


DIRECT DOWNLOAD... DONT WORRY BRO 👌


BAHAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

PEKELILING SPBT


AKTIVITI SPBT SK KARAMUNTING







SENARAI AKTIVITI SEKOLAH KEBANGSAAN KARAMUNTING YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 


(KLIK SINI)
2018

(KLIK SINI)